BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Iklan

Iklan

Sabtu, 5 Februari 2011

Artifak purba Mesir terancam

KAHERAH - Barangan artifak dan khazanah purba Mesir berada dalam bahaya berikutan kekecohan dan tunjuk perasaan yang berlaku di negara itu.

Muzium di Mesir berada dalam situasi terancam selepas kebanyakan artifak purba Mesir dimusnahkan dalam satu kejadian di Kaherah, minggu lalu.

Sekumpulan ahli arkeologi bergegas pulang ke Mesir untuk menjaga keselamatan khazanah purba di muzium berikutan kejadian pencerobohan ke atas muzium di negara itu.

Ratusan penduduk membuat rantaian manusia di sekeliling muzium di Kaherah bagi melindunginya selepas penunjuk perasaan menceroboh ke dalam muzium dan merosakkan dua mumia firaun yang disimpan sejak lama.

"Kami semua akan membantu usaha menghentikan kegiatan pencerobohan di tapak arkeologi, kedai dan muzium di Mesir dengan menumpukan perhatian kepada pertukaran barangan antik antara Mesir dan negara lain," kata ahli arkeologi Mesir di Muzium Petrie di London.


0 ulasan: