BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Iklan

Iklan

Sabtu, 5 Februari 2011

Belanja lebih RM5 juta bantu mangsa banjir

KUALA LUMPUR - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) membelanjakan RM5.81 juta setakat ini untuk mengu-ruskan pusat pemindahan di empat negeri terlibat banjir kali ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, jumlah itu meliputi penyediaan bantuan makanan dan keperluan asas kepada mangsa banjir di Johor, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang.

“Sepanjang tempoh banjir kali ini, sebanyak 430 pusat pemindahan dibuka JKM yang mana 194 pusat masih beroperasi menempatkan 44,672 mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Menurutnya, JKM menyediakan 1,147 petugas dan 2,150 sukarelawan untuk membantu dalam kerja pengu-rusan pusat pemindahan mangsa banjir dan urusan penyaluran bantuan. - Bernama


0 ulasan: