BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Iklan

Iklan

Sabtu, 5 Februari 2011

Wanita warga emas nyaris maut diserang babi hutan

JELI – Seorang wanita warga emas nyaris maut diserang babi hutan di Kampung Gemang, dekat sini, ketika memetik limau madu untuk keluarga di kebunnya pagi Isnin lalu.

Berikutan kejadian itu, Bunga Musa, 70, kini dirawat di Hospital Jeli kerana cedera parah di beberapa bahagian badan dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi di kebun yang terletak kira-kira empat kilometer daripada rumahnya.

“Makcik sudah biasa ke kebun, selain menoreh getah, makcik juga ada menanam limau madu dan pada hari kejadian, makcik sebagaimana biasa, berseorangan keluar ke kebun untuk memetik buah limau madu yang sedang masak,” katanya, semalam.

Beliau berkata, dengan tidak semena-mena, babi hutan itu keluar daripada semak berhampiran dan terus menyerangnya walaupun ketika itu membawa sebilah parang panjang untuk menebas rumput.

“Ketika itu, makcik memang tak mampu berbuat apa-apa makcik sudah rebah dan haiwan itu berterusan menyondol dan menggigit makcik hanya mampu berdoa,” katanya.

Selepas hampir setengah jam menggigit badannya, Bunga berkata, haiwan itu secara tiba-tiba berhenti sebelum berlari ke dalam hutan dan beliau kemudian menggagahi diri berlari keluar daripada kebun itu untuk meminta bantuan penduduk terdekat.


0 ulasan: