KUALA LUMPUR - Semua wartawan Malaysia yang membuat liputan proses pemindahan pelajar Malaysia dari Mesir berada dalam keadaan selamat walaupun ada antara peralatan seperti kamera dan perakam video mereka dirampas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah.
Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Shahlan Ismail, berkata pihak Imigresen Mesir merampas peralatan tersebut dari kru media elektronik dari TV3, Astro AWANI dan TV Al Hijrah sebaik sahaja tiba di lapangan terbang itu.
"Kemungkinan pihak berkuasa negara itu tidak mahu media asing membuat liputan mengenai pergolakan politik di negara itu," katanya. - Bernama
Iklan
Sabtu, 5 Februari 2011
Wartawan Malaysia selamat: Shahlan
Dicatat oleh azz di 4:59 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan